Sedar tak sedar tahun 2010 dah smpai ke penghujungnya...tak sampai sebulan lagi kita semua akan menyambut tahun baru 2011. Adakah AZAM tahun 2010 kita sudah tercapai...??? atau sekadar mengulang azam tahun2 yang lepas utk tahun baru nanti..??? Apa pun azam kita nanti biarlah semuanya kerana Allah S.W.T..kerana setiap zarah2 udara dan oksigen yang kita sedut saat ini adalah dengan izinNya....Insya'Allah jika niat kita adalah kerana Allah S.W.T, apa pun yang kita lakukan akan dipermudahkan olehNYA..
Semoga kelahiran 2011 nanti memberikan 1001 makna dan kebaikan utk kita semua InsyaAllah.....dan yang pasti 1 Jan 2011 nanti saya ingin berada disamping keluarga saya di Terengganu...Rindu di hati ini yang sekian lama di tahan kerana cuti semester selama 2bulan dihabiskan bekerja partime di shah alam...dan juga ingin menziarahi pusara arwah kak long....