Follow me

Wednesday, December 1, 2010

Siapakah LELAKI itu??

Semakin hari mimpi itu semakin jelas...apakah sekadar mainan tidur atau ada sesuatu yang tersembunyi sebaliknya....ku hanya mendiamkan perkara ini dan tidak kukhabarkan pada sesiapa...Ya Allah...Engkau Tuhan yang Maha Mengetahui sedangkan hamba insan yang tidak mengetahui....berilah hambaMu ini petunjukMu..pada siapa lagi harus hamba mengharap...Siapakah lelaki yang berbaju PUtIh di dalam mimpiku...


Apabila seseorang melaksanakan pernikahan, bererti telah menyempurnakan separuh agamanya, maka hendaklah ia menjaga separuh yang lain dengan bertaqwa kepada Allah – HR Baihaqi dari Anas bin Malik

Dengan sempurnanya lafaz akad nikah, maka halal apa-apa yang sebelumnya diharamkan. Dulu yang terbatas kini tidak terhalang. Dulunya maksiat kini ibadah. Pernikahan telah mengubah pintu-pintu dosa dan kekejian menjadi jalan kemuliaan dan kesempurnaan manusia dalam beragama. Sesungguhnya pernikahan mengandungi kemuliaan dan kehormatan di sisi Allah.

Friday, November 19, 2010

Zauj dan Zaujahku

Wahai zaujahku,
Aku mengerti di mana kamu,
Kamu sedang letih berjuang,
Kamu sedang lelah berdakwah,
Malah kau juga aku yakin sedang memelihara dirimu dari menjadi bahan fitnah.
Aku tidak tahu siapa kamu,
Tapi telah aku simpankan sebahagian hati ini padamu,
Kerna itu, aku tidak pernah memandang wanita lain,
Pandanganku ku tundukkan, bual bicara mesra dengan wanita ku elakkan,
Kerna semua itu hanya layak untukmu.
Yang ada di sisiku Ayat-Ayat Cinta Allah iaitu Al-quran.
Yang ada di sisiku kitab-kitab ilmu yang menjadi pencerahan dalam kehidupan kita nanti.
Zaujahku,
Persiapkan dirimu dengan ketabahan hati,
Kerna jalan yang akan kita lalui ini sangat berat,
Maka tabahkanlah hatimu untuk menjadi sayap kiriku,
Isilah mana-mana kekurangn dalam diriku,
Dan engkau jualah yang aku harapkan menjadi pembakar semangatku tika mana aku lemah.
Zaujahku, aku belum pernah memandang fizikalmu,
Kerana nikmat memandangmu hanya aku inginkan setelah kita diijab kabulkan,
Dan pandanganku terhadapmu bukanlah pandangan nafsu,
Sebaliknya dengan pandangan dakwah,
Kerna kau adalah sayap kiri perjuanganku dan pencetak generasi mujahidin.
Kerana itu,
Kita seharusnya bersedia zaujahku,
Perkahwinan kita adalah marhalah dakwah.
Dari Sang Akhwat
Wahai zaujku,
Aku mengerti kau sedang menungguku,
Aku mengerti kau merinduiku,
Namun segalanya kau tundukkan kerna kau tidak mengenal siapa aku.
Aku tau kau sedang berjuang,
Kau sedang lelah berdakwah,
Ke sana sini dengan pelbagai program dakwah,
Sehingga kadang kala kau merasa lemah.
Namun sabarlah,
Aku sedang menunggumu,
Aku juga sedang letih seperti kamu,
Kerana setianya padaku,
Aku menolak untuk terlibat dengan mana-mana aktiviti yang mengundang maksiat hati,
Aku menolak bicara dan pelawaan mana-mana yang bukan mahramku,
Kerana perasaanku telah aku simpankan untukmu,
Walaupun aku tidak tahu siapakah kamu.
Zaujku,
Persiapkanlah dirimu dengan ilmu,
Kerna, aku mendambakan seorang zauj yang mampu mendidikku dan anak-anak kita nanti, Bukan paras rupa semata-mata.
Didiklah aku agar sentiasa tegar dalam mujahadahmu.
“Ya Allah, kami saling merindui, namun kami tidak pernah mengenal antara satu sama lain, oleh kerana Kau telah menutup pandangan kami dengan hijab yang sangat tebal. Namun, kami yakin Engkau menghijab kami agar kami sentiasa melengkapkan diri dengan segala bekal yang diperlukan. Kami memohon agar hijab di antara kami segera terbuka bila mana kami benar-benar bersedia. Pernikahan kami adalah marhalah dakwah dan kasih sayang antara kami hanyalah satu..Menuju redhaMu”
( dipetik dr salah sebuah artikel )

Manusia hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan.....

Dalam kehidupan kita seharian mungkin tak lari dalam merancang ape2, nak pegi pasar ke, nak duk umah je ke, atau pon nak wat keje overtime .... tapi tak semua yang kite rancang tu menjadi kenyataan sebab Tuhan dah aturkan segalanya untuk hamba-hambaNya....dan percayalah apa yang telah di aturkan oleh Allah itu adalah yang terbaik utk kite...dalam sedar atau tidak sejak dalam rahim ibu lagi segala urusan kehidupan kita telah diaturkan oleh Penguasa Alam....kita sebagai hambanya perlulah sentiasa bersyukur dan bersabar dengan setiap dugaan dan ujian dariNya....Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar dan bersyukur....wallahu'alam

Sunday, November 14, 2010

Permulaan sebuah cerita....

11/14/2010 / Shah Alam
- Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim....ana memulakan perjalanan cerita yang julung2 kali nye nie...Assalamualaikum buat semua ukhwah yang ana sayangi dan hormati ....kalo sebelum ni ana biasa juga menulis tentang hidup ana.. tetapi itu hanya di helaian kertas yang tiada sesiapa akan membacanya...(diary ler..) kali ini ana hanya mahu untuk berkongsi pengalaman dan cerita yg mungkin akan memberi teladan kepada yg lain juge... waktu ni dah seminggu lebih ana cuti semester...Insya'Allah jika tiada aral melintang..tahun depan ana dan sahabat2 ana akan berada di part 5...dan ini bermakna sudah seminggu lebih juga ana bekerja 'part-time' di KFC Seksyen 7 Shah Alam...penat bile terpaksa berhadapan dengan kerenah manusia yang berbagai2..